Header Ads

test

SUBURKAN BUDAYA HARGAI JASA 'UNSUNG HERO'



PADANG TERAP- Suburkan budaya menghargai jasa dan kebaikan 'unsung hero' dalam masyarakat.
 
Demikian nasihat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur di Masjid Tandop Besar, Tekai Kanan semalam. 
 
Menurut Muhammad Sanusi lagi, kerajaan memperuntukkan perbelanjaan sekitar RM3.5 juta kepada lebih kurang 5,400 orang penerima di seluruh negeri Kedah. 
 
“Guru Al-Quran, juru mandi jenazah, bidan kampung, penggali kubur merupakan ‘unsung hero’ dalam masyarakat. 
 
“Kerja mereka bukan ada upah, tapi mereka sanggup buat kerana fardhu kifayah. 
 
“Jadi nak menghargai orang begini, masyarakat kita kadang-kadang pandang sebelah mata sahaja. 
 
“Bila kita mulakan budaya menghargai perkara-perkara yang tidak diberi nilai dalam masyarakat moden ini, saya harap masyarakat kita mula menghargai jasa kebaikan orang. 
 
“Saya bercita-cita untuk memastikan pertumbuhan di seluruh daerah di negeri Kedah. Kita mahu anjakan ekonomi berlaku di seluruh daerah untuk kita saksamakan rezeki yang Allah kurniakan kepada seluruh rakyat di Kedah,” tambah Sanusi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#MediaMBKedah 
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan