Header Ads

test

MEMPERKASA INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA



ALOR SETAR – Institusi pendidikan agama diperkasakan meliputi aspek-aspek kurikulum serta dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan seperti Dasar Tahfiz Negara.


Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, program-program berkaitan kemahiran diterapkan dalam Institusi Tahfiz dan Pondok melalui kolaborasi dengan institusi kemahiran seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan institusi kemahiran lain.


Katanya lagi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) berusaha ke arah mewujudkan satu program Kemahiran Pengurusan Masjid (TVET) kepada pelajar Tahfiz sebagai persediaan untuk memberi perkhidmatan di dalam pengurusan masjid.


“Syabas kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah yang prokatif dalam usaha menerapkan nilai kemahiran khususnya kepada pelajar-pelajar tahfiz menerusi program kemahiran TVET Pengurusan Masjid sebagai persediaan untuk memberi perkhidmatan dalam bidang pengurusan masjid di seluruh negeri,” kata beliau di hadapan pengetua sekolah-sekolah Agama, mudir maahad tahfiz dan pondok dalam negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon di sini.


Sanusi berkata, kerajaan turut mengiktiraf para cendekiawan Islam kelahiran negeri Kedah menerusi program Jejak Murabbi.


Tambahnya, kerajaan negeri begitu menghargai para pendidik yang melahirkan ramai ilmuwan dan cendekiawan Islam yang terkenal.


“Adalah diharapkan agar program ini dapat memperkenalkan kepada masyarakat akan ketokohan pendidik (murabbi) yang hebat dalam sesuatu bidang atau hasil karya dan kejayaan mereka untuk dijadikan bahan rujukan oleh penyelidik, mahasiswa, pelajar dan seterusnya umat Islam di negeri Kedah,” katanya.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#MediaMBKedah

#UrusSetiaPeneranganDarulAman




Tiada ulasan