Header Ads

test

21 TAHUN TERLANTAR ATAS KATIL


 
PENDANG – Seorang pesakit terlantar menderita di atas katil selama 21 tahun akibat lumpuh separuh badan. 
 

Mohammad Hafizi Hassan, 36 mengalami lumpuh dari pinggang ke bawah dan terpaksa bergantung pada keluarga untuk bergerak.
 

Menurut hafizi, sewaktu berusia 15 tahun, dia dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan patah tulang belakang dan putus saraf tunjang. 
 

Dia yang berstatus OKU kekal itu tinggal bertiga bersama dengan ibu dan bapanya di Kampung Kepala Parit, Tokai. 

 
Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Haji Zulkifli Yahaya hadir menyantuni dan menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah.

 
“Selama ini, hanya ibu dan bapanya yang selama ini mengurus Hafizi. Namun kudrat mereka pun semakin luntur, maklumlah ibu berusia 76 dan bapanya 74. 
 

“Mereka bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan bagi meneruskan kehidupan. Mereka juga menumpang tinggal di atas tanah milik seorang Cina,” ujarnya.

 
Beliau juga mengalu-alukan orang ramai memberi bantuan demi meringankan beban hafizi sekeluarga.

 
“Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus hubungi Mohammad Hafizi Hassan di talian 012-5546297 dan sumbangan juga boleh disalurkan ke Bank Simpanan Nasional 02131-41-00003493-8,” katanya lagi.

Tiada ulasan