Header Ads

test

13,350 HEKTAR SAWAH PADI AKAN TERJEJAS: MAFI, MKN PERLU BERTINDAK SEGERA


 
ALOR SETAR- Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu bertindak segera bagi memastikan air boleh disalirkan ke kawasan sawah padi. 

 
Rentetan runtuhan ban terusan MADA, penyusutan paras air di terusan tengah akan menjejaskan 13,350 hektar kawasan sawah padi yang melibatkan 40,000 petani. 

 
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor Sanusi berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. 

 
“Pihak agensi terbabit perlu melihat isu ini kerana melibatkan ‘food security’ (keselamatan makanan) yang menjejaskan penghasilan padi,” tambah beliau. 

 
Beliau turut dimaklumkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bahawa anggaran kos awal adalah sekitar RM1.5 juta hingga RM1.8 juta untuk membina ban yang lebih kukuh dan kemas.
 
 
Jelasnya lagi, tindakan MADA menambak kawasan loji hanyalah untuk melimpahkan air ke terusan tengah pada paras yang membenarkan Loji Rawatan Air (LRA) beroperasi, seterusnya memerlukan usaha agensi terbabit agar air boleh dipam masuk ke kawasan padi. 

 
“Sekarang adalah musim menanam dan air perlu masuk ke petak sawah. Kenaikan paras satu meter itu hanya untuk ‘ intake’ SADA, bagi sawah padi lain pula jadi kena segera baiki,” ujarnya.

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
 

Tiada ulasan