Header Ads

test

58 JPKK DIRAIKAN SEMPENA AIDILFITRI


KUALA NERANG - Seramai 58 orang pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Kuala Nerang diraikan dengan pemberian duit raya.


Sumbangan inisiatif kerajaan negeri itu disampaikan oleh ADUN Kuala Nerang, YB Haji Munir@Mohammad Yusoff Zakaria. 


"JPKK ialah satu tunjang utama kepada sesebuah Kerajaan Negeri dan memainkan peranan yang penting dalam urusan tadbir kerajaan negeri di peringkat kampung. 


"Justeru itu pemberian duit raya ini sebagai tanda ingatan daripada kerajaan negeri Kedah kepada semua JPKK," ujarnya lagi.


Beliau juga mengharapkan bantuan ini meringankan beban kewangan sempena Aidilfitri ini.

Tiada ulasan