Header Ads

test

2 TAHUN RANCAKKAN KEJAYAAN, CEMERLANGKAN PENTADBIRAN

 


POKOK SENA – Peralihan kuasa pentadbiran kerajaan negeri Kedah dua tahun lalu berjalan lancar dengan mengutamakan usaha-usaha mensejahterakan negeri.

Kejayaan Kedah menarik pelaburan berjumlah RM68.3 bilion sepanjang tahun lalu, melakar sejarah apabila menjadi rekod tertinggi pernah dicatat oleh kerajaan negeri.

“Hari ini merupakan ulang tahun kedua saya dan rakan-rakan membentuk kerajaan di Kedah, insya-Allah Kedah akan mencapai tahap yang lebih baik dengan kerjasama semua,” ujar Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika menghadiri Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Kawasan Pokok Sena hari ini.

Menurut beliau lagi, mentadbir kerajaan negeri Kedah merupakan amanah daripada Allah SWT dan seluruh rakyat Kedah.

Menteri Besar mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak termasuk juga ‘frontliners’ daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta para wartawan yang bertungkus-lumus mendidik masyarakat dengan menyampaikan maklumat yang benar ketika pandemik Covid-19 lalu.



Tiada ulasan