Header Ads

test

PEMOHON PEMILIKAN TANAH BAKAL TERIMA GERAN MULAI JUN


ALOR SETAR - Rakyat Kedah yang telah membuat permohonan pemilikan tanah persendirian bakal menerima geran tanah bermula Jun ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kelulusan yang dikeluarkan sepanjang dua tahun ini akan diserahkan kepada Pejabat Tanah seluruh negeri Kedah.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri telah membuat satu ketetapan baharu bagi setiap pegawai penempatan perlu mempunyai penunjuk prestasi utama (KPI) iaitu menyiapkan 10 fail tanah sebulan disamping lima fail lain (tidak berkaitan dengan tanah).

"Saya harap dengan ketetapan ini kerajaan akan bertindak lebih pantas, tidak ada lagi isu tanah yang berlarutan sehingga 20 tahun,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Selain itu, beliau turut mengulas tentang pentadbiran kerajaan negeri selama dua tahun yang membanggakan dan mendapat kerjasama baik daripada para pegawai kerajaan.

Menteri Besar berkata banyak pencapaian yang membanggakan khususnya dalam sektor pelaburan, Kedah berjaya mencatat rekod tertinggi nilai pelaburan berjumlah RM68.3 bilion.

Katanya dalam tempoh dua tahun, beliau dapat melihat dan merasakan kerajaan bergerak seperti air terjun, laju arusnya ke arah lebih baik.

“Kalau kerajaan terapung-apung, atau tidak ada keputusan yang dibuat, maka agensi akan tersangkut seperti air yang tidak mengalir," ujar Sanusi.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan