Header Ads

test

80 LOKALITI TERPILIH PROGRAM BASMI KEMISKINAN


KUBANG PASU  – Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Negeri Kedah diadakan bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar di negeri Kedah.


Pengerusi Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, 80 lokaliti sudah dipilih bagi pelaksanaan fasa satu bagi membasmi masalah kemiskinan dalam kalangan 180,009 keluarga di Malaysia.


“Peserta ini dipilih melalui program E-Kasih untuk dibimbing dan diberi peralatan bagi meningkatkan pendapatan dan seterusnya keluar dari kelompok kategori miskin tegar,” ujarnya.


Maklum beliau lagi, tujuh lokaliti terbabit projek rintis BMTKM di Kedah adalah di Kampung Betong dan Tanjung Belit di Sik; Charok Kapas dan Teluk Teduri di Baling; Kuala Jerlun, Kubang Pasu serta Kampung Tepi Laut di Kota Setar dan Kuala Muda.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed program ini berbeza berbanding program lain kerana menjadi pelengkap kepada usaha dalam pembasmian kemiskinan ditambah pelaksanaannya tidak mengira politik, agama dan bangsa.


"Buat pertama kali kita mengguna pakai pendekatan secara dari bawah ke atas iaitu bermula daripada akar umbi atau golongan sasar yang dibantu dalam program penyelesaian kemiskinan secara bersasar mengikut keperluan lokaliti berkenaan.


"Jika di bandar, golongan miskin tegar akan dibantu dalam program keusahawanan, manakala di luar bandar mereka terbabit dalam aktiviti pertanian atau perikanan mengikut kesesuaian di kawasan terbabit," katanya pada sidang media, pada Khamis.


Turut hadir, ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Haji Muhamad Arof Darus, Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Zaiton Yahya dan Pegawai Bahagian Perancang Ekonomi, Mubarak Mohd Basir.

Tiada ulasan