Header Ads

test

SUMBANG RM10 RIBU UNTUK FASILITI PELAJAR SK RANTAU PANJANG



SUNGAI PETANI – Bagi memastikan fasiliti sekolah bersifat kondusif, ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim menyalurkan peruntukkan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kuala Muda. 


Katanya, peruntukan itu diserahkan untuk membina laluan pejalan kaki pelajar yang terpaksa berhujan panas ketika menunggu waris.


Beliau juga berharap laluan itu dapat disegerakan bagi memberi keselesaan kepada waris dan pelajar.


“Saya mengharapkan dengan adanya laluan berbumbung ini dapat memudahkan pelajar untuk berjalan kaki dari pintu pagar ke dalam sekolah apabila hari hujan serta memudahkan urusan waris untuk menghantar anak dan seterusnya mengelak dari kesesakan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung SK Rantau Panjang.

Tiada ulasan