Header Ads

test

ADUN BUKIT LADA RASMI SPORT LEAGUE DAERAH POKOK SENA

POKOK SENA – ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood merasmikan Malaysia Sport League Daerah Pokok Sena, baru-baru ini.


Katanya, terdapat lima acara di dalam sport league ini antaranya badminton, sepak takraw, bola keranjang, futsal dan bola jaring.


“Sebanyak 16 kumpulan menyertai acara sepak takraw terdiri daripada penduduk kampung, pelajar sekolah dan pegawai kerajaan. Perlawanan ini diadakan di Dewan Tertutup Kompleks Penjara Pokok Sena,” ujarnya.


Beliau juga menasihatkan para pemain untuk bermain secara sihat supaya sukan ini menjadi ibadah dan dapat pahala.


Ustaz Salim turut memberikan sumbangan sebanyak RM1000 bagi menyediakan hadiah kepada pemenang.


Dimaklumkan juara menerima hadiah berupa RM600 dan medal dan disampaikan oleh Pegawai Belia Daerah Pokok Sena, Muhammad Ali.

 

Tiada ulasan