Header Ads

test

RIBUT BADAI ENAM RUMAH DUN BUKIT PINANG



POKOK SENA - Ribut membadai enam buah rumah di Seberang Alor, Hutan Kampung, di sini.


Kejadian angin kuat yang kemudiannya disusuli dengan hujan lebat pagi tadi telah mengakibatkan beberapa rumah penduduk terjejas.


Seorang wakil penduduk yang ditemui, Mustafa Yaakob menyatakan bahawa kampung ini sering menjadi laluan angin.


Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembanggunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Seberang Alor turut menyatakan kelegaan apabila kejadian ini mendapat perhatian YB Romani dan penghulu kampung di sini.


Pegawai Khas YB Romani, Mohd Firdaus Salleh hadir dan menyampaikan bantuan awal bagi meringankan beban mangsa.

Tiada ulasan