Header Ads

test

5000 PENDUDUK BANJIRI JAMUAN RAYA DUN PEDU


NAKA – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu dibanjiri seramai 5000 pengunjung di Kediaman ADUN Pedu Kampung Lubuk Perong, pada Jumaat.


Menurut ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin beliau berasa gembira dengan sambutan hangat daripada penduduk setelah dua tahun tidak dapat melaksanakan jamuan hari raya ekoran pandemik COVID-19.


"Persiapan kali ini dibuat secara gotong-royong bersama-sama rakyat. Ada penduduk kampung yang membuat ketupat, lemang dan pelbagai menu. Alhamdulillah dan bersyukur dengan berkat kerjasama semua pihak kita dapat meraikan penduduk dan semangat kerjasama ini kita dapat dijadikan contoh kepada generasi muda,” ujarnya. 


Dikesempatan yang sama, kanak-kanak juga tidak dilupakan untuk mengambil ‘duit raya’ daripada Mohd Radzi dan isteri.

Tiada ulasan