Header Ads

test

ADUN SUNGAI LIMAU ZIARAH MANGSA RIBUT

 


YAN - Hujan lebat serta angin kuat masih berlaku di beberapa Daerah, hari ini.


Tujuh rumah di DUN Sungai Limau turut terkena tempis ribut yang mengakibatkan rumah rosak.


ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat turun padang meninjau serta menziarahi tujuh rumah tersebut di Sungai Limau dan Dulang.


Ustaz Azam juga menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan sebagai bantuan awal bagi meringankan beban mereka. 


Beliau menasihati semua agar berhati-hati dalam cuaca yang tidak menentu ini. 


"Marilah bersama kita saling berwaspasda, berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan.


"Semoga Allah SWT melindungi masyarakat dan rakyat daripada bahaya serta bencana dan diharapkan mangsa ribut dipermudahkan urusan mereka sekeluarga," ujarnya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan