Header Ads

test

CEO MBI RAI GRADUAN COSMOPOINT


PULAU PINANG - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI), Haji Muhamad Sobri Osman hadir ke Majlis Konvokesyen Cosmopoint kali ke-25 yang diadakan di SPICE Pulau Pinang.


Beliau hadir bagi menyampaikan hadiah kepada graduan cemerlang dan juga menyampaikan ucapan sempena konvokesyen tersebut.


Katanya, konvokesyen ini adalah untuk kampus Wilayah Utara yang terdiri dari Cosmopoint College Ipoh, Pulau Pinang dan Sungai Petani. 


"Untuk semua graduan saya suka berpesan. Cosmopoint ini tempat menuntut ilmu, jadi apabila dah berjaya kelak jangan lupakan asal usul dan pulanglah di tempat kita dididik untuk menabur bakti," ujarnya.


Maklum beliau, pihak kerajaan negeri amat mengalu-alukan tenaga kerja daripada para graduan. 


"Bagi pihak kerajaan negeri memang berkat rapat dengan para pelabur yang masuk ke Kedah. Para pelabur ini memerlukan tenaga kerja. Nasihat saya, kita tidak boleh bekerja sendirian tetapi perlu untuk bekerja berpasukan," katanya lagi.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan