Header Ads

test

ANAK KECIL DERITA KANSER TAHAP AKHIR



POKOK SENA – Ketika rakan seusianya lincah bermain namun Sumayyah hanya mampu melihat serta perlu kepada pengawasan setiap masa.


Nur Ammara Sumayyah Muhamad Fazli, 4 yang menetap di KEDA Batu 13/14 Pokok Sena terpaksa melalui hari yang mendatang dengan penderitaan selepas disahkan menghidap kanser ketumbuhan tahap empat.


Melihat keadaannya itu, tiada apa diharapkan kedua ibu bapanya, Muhammad Fazli dan Zulfikah Azman, 26 selain dikurniakan umur yang panjang bagi menjaga anak kedua mereka itu sehingga ke akhir hayat. 


Zulfikah berkata, pada 23 Disember 2021 anaknya tiba-tiba rebah dan tidak boleh berjalan di dalam keadaan sakit perut.


Dia terus membawa anaknya ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan didapati anaknya telah mengidap kanser ketumbuhan tahap empat sehingga mengakibatkan perut kembung.


Katanya, bermula dari saat itu, anaknya tidak lagi boleh berjalan seperti biasa. Hanya mampu duduk bersandar di atas katil. 


“Setiap minggu terpaksa berulang alik ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan kimoterapi dan sekarang sudah berada di tahap empat,” ujarnya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) setiap bulan.


Sementara itu, penderitaan Sumayyah mendapat perhatian ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood yang hadir menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.


Ustaz Salim juga tidak lupa untuk memberikan ‘duit raya’ walaupun Sumayyah tidak dapat beraya seperti kanak-kanak yang lain.


Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan di Bank Simpanan Nasional Berhad 0213041100038924 di atas nama Zulfikah Azman atau hubungi 014-3225731 (Zulfikah).


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan