Header Ads

test

KUBANG PASU BERPOTENSI MENJADI HAB COKLAT DI KEDAH


JITRA – Kubang Pasu berpotensi dijadikan Hab Coklat selain sebagai hab pendidikan dan logistik.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kubang Pasu merupakan pintu masuk pelancong yang datang dari Thailand dan berperanan menjadi tempat persinggahan wajib pelancong yang keluar masuk sempadan.

Tambahnya, coklat boleh dijadikan salah satu produk untuk dimajukan dan sebagai ole-ole dibawa pulang oleh keluarga pelajar institusi pendidikan tinggi dan sekolah berasrama penuh di Kubang Pasu.

“Kita akan masukkan (industri coklat) sebagai destinasi pelancongan juga. Kan orang (pelancong) duk lalu sini, keluar pi mai pi mai. Kita tahan pukat bagi depa mai sini,” ujar Sanusi ketika merasmikan premis CNW Jitra Manufacturing di IKS KEDA Napoh hari ini.

Menteri Besar menyatakan besar harapannya untuk melihat industri pembuatan coklat dibangunkan di Kedah kerana pasaran coklat di Langkawi begitu besar tetapi tidak dapat menampung permintaan pelancong selepas industri pelancongan Langkawi dibuka semula.

“Kita perlu menghubungkaitkan di antara produk-produk pelancongan ini dalam membina kenangan manis bercuti di Kedah yang bukan sahaja membuat mereka kembali, malah mereka menjadi pengiklan percuma untuk menarik pelancong baru,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata CNW Jitra Manufacturing ini berperanan sebagai pencetus kepada kelahiran usahawan lain dalam industri coklat keluaran bumiputera.

“Syabas saya ucapkan kepada CNW Jitra Manufacturing yang mempunyai keberanian itu dan diharapkan ini akan menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan lain,”ujarnya.

Tiada ulasan