Header Ads

test

PANTAI MERDEKA FC SEDIA BERI CABARAN SENGIT DALAM PIALA MB KEDAH



TASEK GELUGOR - Persiapan Pantai Merdeka FC ke pertandingan Piala Menteri Besar Kedah sedang giat dijalankan.


Para pemain giat menjalani latihan setiap petang dan perlawanan persahabatan bagi menguatkan lagi pasukan dari segi keserasian dan stategi taktikal yang diterapkan oleh jurulatih.


ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim berkata, melihat kecekapan para pemain, beliau yakin Pantai Merdeka FC dapat tawan juara Piala Menteri Besar Kedah ini. 


Difahamkan, Pantai Merdeka FC menetang Merpati FC bagi menguji tahap ketahanan pasukan masing-masing di Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia, pada Isnin. 


Kehadiran Ahmad Fadzli membakar semangat para pemain demi menaikkan nama DUN Pantai Merdeka. 


Beliau juga sempat memberi ucapan dan kata-kata semangat kepada pemain untuk terus cemerlang dalam setiap latihan dan perlawanan.


Hadir sama, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka, Saifulazli Ahmad.

Tiada ulasan