Header Ads

test

DANA KITA SUMBANG 6,000 UNIT BEG SEKOLAH



SERI MENTALOON- Pertubuhan Kebajikan Dana Kita memberi sumbangan 6,000 unit beg dan alat tulis kepada sekolah-sekolah di utara semenanjung. 

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mewakili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Dana Kita atas sumbangan bagi menjayakan Program 'Back to School'.  

Program tersebut dikendalikan oleh mahasiswa Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) yang memilih Kedah sebagai destinasi program kebajikan daripada pertubuhan itu.

“Saya mengalu-alukan badan-badan kebajikan dan sukarelawan daripada seluruh negara untuk datang dan berkongsi rezeki dengan orang Kedah,” kata Sanusi selepas  Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Kedah bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini semalam.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan