SEKITAR 30 RIBU PENDUDUK KEDAH BANJIRI RUMAH TERBUKA MB KEDAH
SERI MENTALOON - Sekitar 30,000 rakyat negeri Kedah yang terdiri daripada pelbagai kaum hadir membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Kedah bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini merupakan sambutan Aidilfitri secara besar-besaran buat kali pertama selepas menghadapi pandemik COVID-19 selama 2 tahun.
"Insya-Allah majlis-majlis seumpama ini akan dianjurkan pada masa hadapan dan inilah benchmark (penanda aras) yang kita usahakan supaya dapat bergembira disamping menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan," ujar beliau.
Sebanyak 22 buah gerai menyediakan pelbagai juadah yang menarik dan sajian utama adalah nasi gulai daging rias pisang yang disediakan secara bergotong royong oleh penduduk kampung.
"Terima kasih kepada orang Kampung saya (Sik) yang datang masak gulai daging rias pisang dari pukui 11 malam sampai Subuh tadi," kata Sanusi.
Menteri Besar turut berkesempatan memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang keseluruhannya berjumlah RM50 ribu.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran artis terkenal yang terdiri daripada anak kelahiran Kedah antaranya Lan Petpet, Amir Ringgo, Ashed DefgebC dan dua kumpulan buskers.
Post a Comment