Header Ads

test

HIMPUNAN RAYA ANAK PENDANG DAPAT SAMBUTAN HANGAT


PENDANG – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang dan DUN Tokai menganjurkan Majlis Himpunan Raya Anak Pendang 2022 di Pendang Lake Resort, semalam.


Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim berkata himpunan ini mendapat sambutan hangat daripada anak-anak Pendang khususnya golongan belia.


Katanya, majlis ini merupakan kerjasama antara PKWR bersama Jalinan Mahasiswa Pendang, Rabitah Anak Pendang dan Nisa’ Pendang.


“Majlis ini juga ada buat cabutan bertuah, hadiah yang disediakan bukan calang-calang. Smart TV 32 inci, noxxa food streamer, 1 gram emas dan macam-macam lagi.


“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran majlis yang sangat baik ini. Terima kasih juga para petugas dan anggota Jabatan Amal Malaysia Pendang yang membantu melancarkan majlis,” ujarnya.

Tiada ulasan