Header Ads

test

DUN SUNGAI TIANG SANTUNI 200 PELAJAR B40

PENDANG - Seramai 200 pelajar terdiri daripada sekolah rendah dan menengah terima bantuan dalam Program Ceria Ke Sekolah bersama Bina Darulaman Berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), semalam. 


Sumbangan ini disampaikan oleh ADUN Sungai Tiang, YB Dato' Suraya Yaacob. 


Katanya, sumbangan ini berbentuk baucar RM100 kepada pelajar rendah dan RM150 kepada pelajar menengah. 


"Baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli sebarang jenis pakaian seragam sekolah, termasuk pakaian sukan, seragam beruniform dan sebagainya," ujarnya. 


Tambahnya lagi, beliau turut menyampaikan sedikit bantuan kewangan kepada para pelajar untuk digunakan membiayai peralatan sekolah mahupun membuka akaun simpanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 


Hadir sama, Pengurus State Stakeholder Affairs TNB (Pulau Pinang/Kedah/Perlis), Johari Lamsi dan YM Ku Abdul Razak Ku Ismail, Head of State Retail, Wan Ishak Soed dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pendang, Jasni Sumadi.

 

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan