Header Ads

test

TAULIAH PELANTIKAN BARISAN EXCO NEGERI KEDAH

 



Kesemua sepuluh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah yang berkhidmat untuk tempoh dua tahun pertama sejak berlaku perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri pada Mei 2020, dikekalkan dan telah mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman pagi tadi.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor turut hadir ke majlis berkenaan yang bermula jam 10.30 pagi. Selain dikekalkan jawatan sebagai Ahli MMK, kesemua mereka juga dipertanggungjawabkan dengan portfolio yang sama dipegang sebelum ini.

Berikut adalah senarai exco dan potfolio exco negeri Kedah:
1. YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri)

2. YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi)

3. YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman (Kesihatan dan Kerajaan Tempatan)

4. YB Encik Azman Nasrudin (Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India)

5. YB Dato’ Suraya Yaacob (Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga)

6. YB Dato’ Hajah Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan)

7. YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan)

8. YB Encik Romani Wan Salim (Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

9. YB Brigedier Jeneral (B), Dato’ Haji Najmi Ahmad (Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia)

10. YB Encik Mohd Firdaus Ahmad (Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

11. YB Dr. Robert Ling Kui Ee (Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam)




Tiada ulasan