Header Ads

test

KERJA PEMBINAAN PAIP, TANGKI ORANG RAMAI SELESAI


SUNGAI PETANI – Kerja pembinaan tangki dan pemasangan paip air di Surau Pantai Merdeka selesai dijalankan.
ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim berkata, pemasangan tangki dan paip ini adalah bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan bekalan air bersih apabila berlakunya gangguan air.
“Pemasangan ini merupakan bantuan daripada saya sendiri dan berkolaborasi bersama Yayasan Isra Malaysia,” ujarnya.
Beliau juga mengharapkan dengan pembinaan tangki air ini dapat memberi manfaat kepada penduduk mendapatkan bekalan air pada bila-bila masa sahaja.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan