Header Ads

test

KEDAH RANCANG PENANAMAN PADI LIMA KALI DALAM DUA TAHUN


POKOK SENA – Kerajaan negeri Kedah sedang melakukan perbincangan untuk mengadakan penanaman padi sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Kedah tidak terlalu bimbang tentang bekalan beras tetapi seperti sedia maklum negara terlalu banyak mengimport beras iaitu hampir 35 peratus.

“Sekiranya projek ini berjaya, negeri sudah tidak perlu mengimport beras lagi,” beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Jelasnya, jika tidak boleh diusahakan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kerajaan akan usahakan di luar kawasan MADA.

Katanya lagi, pelbagai infrastuktur perlu ditambah baik terutamanya menambah bilangan parit dan sistem pengairan untuk sawah padi.

Dalam perkembangan yang lain, Muhammad Sanusi berkata Kedah juga merupakan pembekal ikan pantai terbesar dalam negara iaitu 24.5 peratus.

Menteri Besar menasihati agar para nelayan perlu berdisiplin agar tidak memakai pukat yang boleh mengancam benih-benih ikan sehingga menyebabkan kepupusan.


 

Tiada ulasan