LEBIH 20 RIBU ANAK MUDA BANJIRI SANTAI RAYA SAU
ALOR SETAR – Santai Anak Utara (SAU) terima sambutan hangat dibanjiri 20 ribu pengunjung khususnya anak muda seluruh Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Mohd Firdaus Ahmad berkata, sambutan ini bertujuan mendidik penunggang motosikal mengenai keselamatan jalan raya dan mengelakkan amalan rasuah.
”Dalam keseronokan ini saya menasihatkan kepada semua anak muda untuk menjaga keselamatan. Ikut undang-undang keselamatan yang ditetapkan. Jangan biar orang tengok anak muda ni tiada masa depan. Ini (menunggang moto) adalah hobi anak muda jadi kita minta supaya semua jaga keselamatan masing-masing,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Santai Raya yang berlangsung di Taman Jubli Emas, pada Sabtu.
Katanya, platform SAU ini juga boleh digunakan dalam program pendidikan untuk mewujudkan masyarakat berintegriti dalam
membendung gejala rasuah di kalangan anak muda.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment