Header Ads

test

NASIB NENEK ENAM CUCU DAPAT PERHATIAN ADUN PANTAI MERDEKA


KOTA KUALA MUDA - Kesempitan hidup membuatkan seorang nenek terus berkerja bagi menyara enam cucunya termasuk empat yatim piatu.


Azizah Embun, 65 tahun itu mencari pendapatan dengan berniaga nasi lemak di Kampung Seri Ampangan Kota Kuala Muda bagi menampung keperluan harian selepas suami , anak dan menantunya meninggal dunia.


Kepayahan keluarga ini mendapat perhatian daripada ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim, yang memberi bantuan secara bulanan kepada keluarga ini bagi meringgankan beban mereka.


Manakala aspek keperluan kebajikan enam orang cucu nenek ini akan dijaga oleh Ustaz Fadzli dari semasa ke semasa supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan keperluan persekolahan juga akan dipantau.


Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka juga bersedia menghulurkan bantuan perniagaan kepada Azizah sekiranya dia mahu mengembangkan perniagaan nasi lemaknya.


Ustaz Fadzli juga menyampaikan bantuan kewangan dan barang keperluan asas kepada Azizah bagi meringgankan beban mereka sekeluarga.


Kredit gambar : RTM

Tiada ulasan