Header Ads

test

BANTUAN AIR DIHANTAR SEGERA KE PANTAI MERDEKA


PANTAI MERDEKA - ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim bersama Team Khidmat Malaysia Kawasan Sungai Petani segera turun ke Pantai Merdeka untuk menghantar bekalan air apabila mendapat aduan bekalan air terjejas, pada Sabtu.


Lebih kurang pukul 10.00 malam, Team Khidmat Malaysia hadir membantu dengan kekuatan dua lori dan tangki air besar serta 15 sukarelawan Khidmat Malaysia.


“Saya mengharapkan dengan bantuan segera dari Team Khidmat Malaysia Kawasan Sungai Petani ini dapat membantu dan mengurangkan beban penduduk kampung yang terjejas bekalan air di musim perayaan ini, sementara menanti bekalan air pulih,” ujarnya.


Katanya, hasil tinjauan di beberapa buah rumah didapati tekanan air menjadi masalah pada waktu siang dan di kawasan bukit terputus bekalan air. 


Jelasnya lagi, inisiatif ini diambil bagi membantu masyarakat mendapatkan air bersih walaupun ianya bersifat sementara. 


“Aduan boleh dibuat secara atas talian di Page Pusat Khidmat Wakil Rakyat - N27 Pantai Merdeka,”katanya.

Tiada ulasan