Header Ads

test

LITAR LUMBA SUNGAI PETANI BAKAL DISIAPKAN SECEPAT MUNGKIN




ALOR SETAR- Projek pembinaan litar lumba di Sungai Petani yang berjumlah RM30 juta bakal disiapkan mengikut pelan asal.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam program Santai Raya Bersama YAB Menteri Besar Kedah bertempat di Taman Jubli Emas hari ini.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan RM30 juta mengikut perancangan awal namun projek yang dirancang sejak tahun 2008 itu terbengkalai kerana kerajaan lalu telah mengubah pelan asal litar lumba rakyat kepada model Sepang International Circuit (SIC) yang berjumlah RM73 juta.

Menurut Muhammad Sanusi, fasa pertama pembinaan litar lumba telah berjalan dengan membabitkan kos RM10 juta sebelum ia terhenti setelah berlaku pertukaran pentadbiran kerajaan negeri.

“Kalau ‘standard international’ mat motor kampung nak lumba kat mana? Depa minta lagi RM43 juta tetapi tidak diluluskan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pada minggu pertama memegang jawatan sebagai Menteri Besar beliau telah mengarahkan agar KBS meneruskan semula litar rakyat tersebut mengikut pelan asal yang berjumlah RM30 juta.

Menteri Besar turut berkata litar tersebut akan dibina di atas tanah milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dengan keluasan lebih 100 hektar.

Berikutan itu, sebahagian daripada tanah tersebut dijual untuk mencukupkan kos pembinaan litar terbabit.

“Tanah itu akan dibahagi dua, satu akan dibangunkan dengan komersial yang menempatkan pusat pameran dan satu lagi litar lumba," ujarnya.


 

Tiada ulasan