Header Ads

test

SAU KEDUA BAKAL DIANJURKAN DALAM MASA TERDEKAT

 






ALOR SETAR- Ekoran sambutan luar biasa daripada lebih 20,000 anak muda di program Santai Anak Utara (SAU) Raya di Taman Jubli Emas di sini, kerajaan negeri akan menganjurkan satu lagi SAU dalam waktu terdekat.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata SAU mesti diteruskan kerana ia mendapat sambutan luar biasa daripada anak muda dan SAU kedua itu nanti akan ditambahbaikkan lagi dengan pengisian yang menepati citarasa remaja kini.

SAU Raya dianjurkan untuk memperkukuhkan silaturrahim dalam kalangan anak muda terutamanya peminat motosikal disamping mengeratkan lagi hubungan pihak kerajaan negeri Kedah dengan anak-anak muda.

Menteri Besar juga memaklumkan khabar gembira kepada anak muda bahawa projek pembinaan litar lumba di Sungai Petani yang berjumlah RM30 juta bakal disiapkan mengikut pelan asal secepat mungkin.

"Pembinaan awal litar untuk anak muda ini paling kurang akan cukup jarak untuk 'sprint test'," ujarnya dengan disambut tepukan gemuruh oleh para peserta.

Dalam majlis yang sama Menteri Besar turut melahirkan rasa kagum beliau kepada keluaran motosikal Ottimo, sebuah keluaran motosikal tempatan yang beroperasi di Sungai Petani yang turut menyumbang sebuah motosikal keluaran mereka sebagai hadiah cabutan bertuah.

Sebuah Yamaha Y15 turut menjadi rebutan cabutan bertuah sepanjang SAU Raya tadi.

Pada masa yang sama pengarah program, Nurul Amin Hamid berkata peserta yang hadir adalah dari seluruh negara dan melebihi jangkaan awal berjumlah 10,000 ribu penyertaan.

“Kita buat pelbagai aktiviti yang sihat antaranya bengkel keselamatan, acara memanah, bengkel solat ketika musafir, kempen belia benci rasuah yang melibatkan PDRM, SPRM dan Jabatan Belia Negeri Kedah,” katanya ketika ditemui selepas tamat program.


Tiada ulasan