Header Ads

test

PEMAIN BOLA SEPAK DUN BUKIT LADA GIGIH BUAT PERSIAPAN MENJELANG PIALA MENTERI BESAR KEDAH


POKOK SENA – Sesi pemilihan bagi Piala Menteri Besar telah melayakkan 24 pemain di DUN Bukit Lada.


ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, Para pemain sangat beruntung apabila dilatih sendiri oleh Lagenda Bola Sepak Negeri Kedah, Haji Radhi Mat Din.


Katanya, melihat kesungguhan semua pemain memberi komitmen yang tinggi di dalam acara ini, beliau tampil menghulurkan ‘duit minyak’ kepada semua pemain.


Menurut Radhi Mat Din, di peringkat DUN Bukit Lada tidak membeli atau mengimport pemain luar.


"Kita tidak membeli atau mengimport mana-mana pemain luar kerana ingin mencari bakat yang terpendam warga DUN Bukit Lada sendiri, maka kalian perlu menunjukkan kesungguhan dan mengeluarkan bakat yang terpendam,” katanya.


Piala Menteri Besar Kedah yang dijadualkan pada 3 Jun merupakan pertandingan kedua selepas KFA Junior Cup yang telah berlangsung pada 26 Februari yang lalu.

Tiada ulasan