Header Ads

test

INFRASTRUKTUR DUN SUNGAI LIMAU SEDANG NAIK TARAF



SUNGAI LIMAU – ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat prihatin menyuarakan keperluan infrastuktur DUN Sungai Limau kepada Pegawai Jurutera Daerah Yan,  Ir Sharudin Halim bagi mengetahui status terkini projek yang sedang berjalan. 


Katanya, projek tersebut melibatkan sistem perpaipan di sepanjang Jalan Baru di Bukit Besar yang akan dilaksanakan tahun ini.


“Projek ini dapat mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Kampung Bahagia, Sungai Dedap dan Permatang Buloh,” ujarnya.


Katanya lagi, pembesaran simpang tiga Sungai Limau juga akan segera dilaksanakan selepas teknikal jabatan selesai dan kontraktor juga telah dilantik.


Beliau turut membuat aduan berkaitan dengan lampu jalan sepanjang jalan persekutuan dan pembesaran Titi Kota Sarang Semut serta beberapa perkara teknikal lagi.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan