Header Ads

test

RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT, DAPAT PERHATIAN ADUN PEDU


NAKA – Sebuah kediaman dilaporkan rosak berikutan hujan dan angin kencang yang melanda di Kampung Musa, pada Sabtu.


Mangsa, Abdul Rhaufat Abdul Latiff, 37 berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi angin yang kuat serta hujan lebat.


Menurutnya, ketika kejadian suasana sangat mencemaskan dan dia hanya memikirkan nasib yang akan menimpa keluarganya.


Difahamkan, kejadian itu turut menyebabkan kabel elektrik terputus selama tujuh jam dan dilaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.


Sementara itu, ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin bergegas ke rumah mangsa dan menghulurkan bantuan wang tunai bagi meringankan beban mereka.

Tiada ulasan