Header Ads

test

358 KELUARGA MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN WANG IHSAN



POKOK SENA - Sejumlah 358 ketua isi rumah yang terlibat dalam musibah banjir besar pada Oktober lalu telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000. 

Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meluluskan kesemua permohonan BWI yang dimohon melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Jelas beliau mengikut rekod Angkatan Pertahanan Awam (APM), seramai 36 mangsa daripada 14 keluarga terjejas yang terpaksa dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Surau Permatang Limau dan Masjid Sungai Durian ketika banjir tersebut. 

“Walaupun mungkin tidak sepenuhnya berupaya untuk menampung kerugian sebenar akibat bencana,  saya mengharapkan Bantuan Wang Ihsan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit beban yang terpaksa ditanggung mangsa. 

“Ingatlah, betapa susah pun musibah yang terpaksa kita hadapi, ada insan lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat dan sukar,” kata beliau dalam Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada Mangsa Banjir selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan