Header Ads

test

PENANAMAN POKOK TINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT JAGA ALAM SEKITAR

SIK – Program Pendidikan Alam Sekitar dan Penanaman Pokok diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan penjagaan alam sekitar.


Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, program ini merupakan sebahagian daripada Kajian Rantaian Nilai Industri Hiliran Sekitar Kawasan Hutan Simpan Kekal Ulu Muda.


Katanya, program anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ini bertujuan menyebarkan maklumat kajian serta meningkatkan kesedaran mengenai ekosistem hutan kepada masyarakat.


“Program sebegini perlu diadakan bagi memperkasa kesedaran dalam melestarikan alam sekitar khususnya dalam generasi muda dan belia kerana mereka merupakan golongan pelapis yang akan terus menjaga alam sekitar pada masa hadapan.


“Tambahan pula, objektif program ini kita akan diberi maklum balas terhadap kebergantungan komuniti kepada hasil hutan supaya kerajaan boleh melaksanakan inisiatif yang bertepatan dengan kehendak masyarakat,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Pendidikan Alam Sekitar dan Penanaman Pokok di Maahad Tahfiz Taklim An-Nubuwah Sik, baru-baru ini.


Katanya lagi, antara pokok yang ditanam Pokok Merbau, Karas dan lain-lain lagi.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA 

#UrusetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan