Header Ads

test

ADUN BERI 200 BOLA TAKRAW TANDA SOKONG MINAT ANAK MUDA


PANTAI MERDEKA - ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim turun lapangan santuni anak muda sekitar DUN Pantai Merdeka dengan menyerahkan 200 biji bola takraw.


Katanya, penyerahan bola ini bagi menyifatkan menyokong aktiviti anak muda dalam kesukanan.


Penyerahan bola takraw disampaikan sendiri oleh Ustaz Fadzli kepada anak muda di setiap kampung.


“Pemberian ini dilakukan secara berperingkat dan akan diberikan secepat mungkin dalam masa terdekat.


“Inisiatif ini dilaksanakan untuk memastikan anak muda bakal pelapis negara dapat menjalani rutin harian mereka dalam persekitaran yang sihat serta mengelakkan mereka terlibat dengan perkara yang tidak bermoral dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah,” katanya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan