Header Ads

test

PESAKIT SLIP DISC TERIMA BANTUAN KATIL HOSPITAL


YAN – Eshah Bahari, 71 tahun yang menderita sakit tulang belakang (slip disc) menarik nafas lega apabila menerima sumbangan katil hospital, semalam.

 

Selepas selesai program kayuhan SETIA Fun Ride, ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia menyampaikan sumbangan ini di Kampung Simpang Empat Sedaka.

 

Difahamkan, sudah lapan tahun Eshah menderita sakit tulang belakang dan ia bertambah parah menyebabkan beliau hanya mampu terbaring dikatil sejak dua bulan lepas.


"Kita harapkan dengan sumbangan katil ini akan memudahkan Puan Eshah untuk urusan seharian serta berehat dan kembali sihat," ujar beliau. 


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan