Header Ads

test

ANAK MUDA DIHARAPKAN CINTAI SEJARAH TANAH AIR



ALOR SETAR – Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-66 Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) telah dirasmikan oleh Timbalan Speaker DUN Kedah, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim di Dewan Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, pada Jumaat. 


Katanya, beliau teruja dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta. 

 

“Komitmen dan semangat luar biasa yang diberikan oleh para perwakilan dari seluruh negeri merupakan penyumbang dalam kejayaan Persatuan Sejarah Negeri Kedah ini.

 

“Semoga sejarah di Negeri Kedah dapat diluaskan kehadirannya kepada masyarakat terutama Belia-Belia dan pelajar untuk mengenali sejarahnya, "ujar beliau. 

 

Katanya, Kedah antara negeri yang teraktif dalam menggerakkan aktiviti berkaitan sejarah berbanding negeri-negeri yang lain.


Beliau mengharapkan lebih ramai generasi muda berminat untuk menyertai persatuan sejarah bagi mengekalkan tradisi dan nilai warisan nenek moyang zaman berzaman. 

 

"Diharapkan usaha ini terus aktif bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi memartabatkan sejarah di Negeri Kedah supaya tidak ditelan arus zaman," ujarnya. 


Beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan kepada semua perwakilan dari seluruh kedah yang hadir dalam mesyuarat Agung PSMCK ini. 


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan