Header Ads

test

RM66 JUTA PERUNTUKAN KEPADA INSTITUSI MASJID, GURU TAKMIR, KAFA


SERI MENTALOON – Kerajaan Negeri Kedah menerima peruntukan RM66 juta kepada institusi masjid, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Kedah pada tahun 2022 daripada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad dalam Majlis Perasmian Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini.

Menurut Menteri Besar, pembangunan masyarakat yang bertaqwa dan berintegriti menjadi keutamaan kerana misi kerajaan bukan semata-mata untuk pembangunan duniawi tetapi seimbang dalam aspek kerohanian, mental, jasad dan roh.

“Inilah yang akan membantu kita untuk merealisasikan agenda ‘Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua’ sebagai sebuah keluarga besar ‘Keluarga Malaysia’ dan menjayakan aspirasi ‘Kedah Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti’,” ujar Sanusi dalam majlis tersebut.

Muhammad Sanusi berkata para guru takmir mempunyai peranan yang besar sebagai Murabbi Ummah.

Jelas beliau, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sentiasa berusaha memaksimumkan pengisian rohani kepada masyarakat segenap peringkat dan menggalakkan penganjuran majlis-majlis ilmu di masjid.

“Guru takmir perlu mempersiapkan diri dengan keilmuan yang jitu agar kuliah yang disampaikan dapat memaksimumkan kefahaman masyarakat terhadap agama Islam serta didasari dengan sumber yang tulen dan bukan perkara yang tidak pasti, dongeng atau diperolehi secara khabar angin,” pesan beliau.

Tambah Menteri Besar, kerajaan negeri amat mengambil berat perjalanan KAFA khususnya berkaitan prasarana dan kemudahan-kemudahan di bangunan KAFA.

Katanya bermula tahun 2020, sejumlah peruntukan diberikan untuk Pembangunan Pendidikan Rendah Islam (KAFA dan Tadika Islam) bagi membantu menaik taraf dan membaik pulih bangunan serta kemudahan di pusat-pusat KAFA tersebut.

"Kerajaan turut memperkenalkan kaedah Pemindahan Pembayaran Elektronik (EFT) untuk memudahkan bayaran elaun guru KAFA di Negeri Kedah mulai tahun 2020, yang dijenamakan sebagai i-Sara,” ujar beliau.


 

Tiada ulasan