Header Ads

test

MANGSA KEMALANGAN DISANTUNI ADUN BUKIT PINANG


ALOR SETAR – ADUN Bukit Pinang, YB Dato' Romani Wan Salin sayu melihat mangsa kemalangan motorsikal lebih sebulan yang lalu, Mohd Syazwan Zambri, pada Khamis. 

 

Mohd Syazwan baru sahaja pulang ke rumahnya di Kampung Seberang Alor, Hutan Kampung setelah hampir sebulan terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah.

 

Difahamkan ketika kejadian, beliau telah dirempuh oleh motosikal dari arah bertentangan ketika dalam perjalanan ke bendang bagi melihat paras air.

 

Lebih memburukkan lagi apabila motosikal yang melanggarnya itu tidak mempunyai dokumen insuran yang lengkap serta lampu hadapan.

 

YB Romani hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.

Tiada ulasan