Header Ads

test

BAYI PATAH LENGAN DAPAT PERHATIAN EXCO


ALOR SETAR - Bayi lelaki berusia lapan bulan patah tulang lengan kiri disyaki akibat kecuaian pusat penjagaan kanak-kanak (taska) di kawasan Anak Bukit mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad.


Katanya, kehadiran beliau menziarahi keluarga mangsa adalah untuk mendapatkan kepastian berikutan berita yang tular itu.


Ibu mangsa, Hidayah Zakaria berkata kejadian itu disedarinya ketika menjemput anaknya pada 5 petang, Khamis lalu dan mendapati lengan kiri bayinya bengkak.


Dia bersama suaminya bergegas membawa anak mereka hospital swasta di sini sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan membuat laporan polis.


Hidayah yang juga merupakan seorang doktor perubatan di salah sebuah Klinik Kesihatan Kecil Daerah Kota Setar berkata, dia menempatkan mangsa di taska tersebut adalah untuk tempoh percubaan.


Menurut Halimaton, kes ini telah berada dalam siasatan pihak polis dan kakitangan taska yang disyaki sebagai pelaku telah ditahan untuk tujuan siasatan. 


“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taska tersebut telah memperoleh Perakuan Taska pada 23.8.2021 dan akan tamat pada 22.08.2026. Nombor Perakuan Taska ini adalah K/Tl 021/2021.


“Taska ini diberi Perakuan kerana memenuhi Standard Minimum yang telah ditetapkan oleh pihak JKM,” ujarnya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan