Header Ads

test

“Be Yourself”


“Be Yourself”
Beberapa kali Dato’ Seri MB mengingatkan kita untuk menjadi diri sendiri. Tidak perlu tiru siapa-siapa.
Dalam tampuk pemerintahan MB Kedah ini, MB mengambil dasar untuk “Be Yourself”.
Ada pepatah mengatakan, tak kenal maka tak cinta, bila rakyat kenal, rakyat akan cinta…
Beliau turut berkongsi moto yang beliau guna dalam pemerintahan beliau iaitu “Buat Kerja Bagi Pantas, Buat Sampai Jadi”.
Beliau bekerja bukan untuk digemari, tapi bekerja dengan penuh ikhlas demi rakyat Kedah.
Pesan MB, kita perlu mencontohi negeri Kelantan.
Walaupun ramai yang kata Kelantan ini negeri miskin, tapi kuasa beli rakyat Kelantan besar.
Buktinya, Pasaraya Mydin terbesar terletak di negeri Kelantan.
Inshaallah, Kedah jugak akan mengikut orang Kelantan.
Katanya, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bawa sebanyak mungkin pelaburan masuk ke dalam sektor industri ke negeri Kedah bagi menyedikan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Alhamdulillah dalam tempoh 2 tahun ini, jumlah pelabur yang masuk ke Kedah telah memecah rekod Kedah selama 60 tahun.
Tahun 2021 pelaburan di Kedah mencecah RM68.3 bilion.
Dan tahun ini, dari Januari hingga Jun pelaburan masuk sebanyak RM20 bilion.
Satu pencapaian yang patut kita semua bangga..
Semua ini Allah tolong. MB kata buat kerja bagi betul, buat kerja sungguh-sungguh, rezeki Allah uruskan.
Pelaburan yang masuk ini bukan kita dapat duit.
Pelabur mendirikan kilang industri, menyediakan sektor pekerjaan dan akan berlaku limpahan ekonomi.
Dari limpahan ekonomi ini yang akan dapat beri nikmat kepada penduduk negeri Kedah dalam masa terdekat. 150 ribu peluang kerja baru diwujudkan menjelang tahun 2035.
Alhamdulillah.. Jom sama-sama kita menyokong pentadbiran Dato’ Seri MB Sanusi untuk kemajuan negeri Kedah.
 

Tiada ulasan