Header Ads

test

PELBAGAI USAHA KERAJAAN BANTU BELIA HADAPI CABARAN DIGITAL


ALOR SETAR – Golongan belia dan generasi muda perlu diberi perlu diberi perhatian sewajarnya daripada semua pihak dalam usaha merencana kehidupan hari ini dan masa depan.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Mohd Firdaus Ahmad berkata, pihak kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan yang jitu kepada warga belia kerana mereka juga adalah penyumbang idea, masa dan tenaga dalam memacu negara yang sentiasa perlu ke hadapan, dihormati dan disegani di persada dunia.


“Pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan dalam menggerakkan negara dalam menuju status Negara Digital yang berdaya saing melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). 


“Pelbagai program dan tawaran diberikan oleh kerajaan seperti “E-Rezeki” dan “100 Go Digital” kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia dalam menghadapi cabaran digital ke arah menaik taraf Status Negara Digital,” ujarnya. 


Beliau berkata demikian ketika perasmian Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah Sidang kedua di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.


Katanya, objektif program ini adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubung dengan pembangunan belia.


“Oleh yang demikian, majlis ini sangat bertepatan dan boleh dijadikan medium perbincangan berkesan untuk menghasilkan idea yang bernas dan pelan tindakan terbaik bagi membangunkan belia di negara ini khususnya di negeri Kedah agar dasar pembangunan belia negara dapat direalisasikan secara holistik,” katanya lagi.


Beliau juga memberi nasihat kepada golongan belia supaya berfikir secara matang sebelum membuat lontaran aktiviti di media sosial kerana setiap tindakan yang dibuat itu bukan sahaja memberi impak kepada individu tersebut malah melibatkan maruah keluarga.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan