Header Ads

test

PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI LATIH BAKAT KEPIMPINAN PELAJAR


JITRA - Seramai 65 pelajar daripada sekolah di Daerah Pokok Sena terpilih menyertai program bagi melatih bakat dan kebolehan kepimpinan, baru-baru ini.


Program Kem Pemantapan Jati Diri anjuran Pertubuhan Nusrah Care dan Unit Pembangunan Insan Negeri Kedah (UPIK) itu menyasarkan para peserta yang dilantik menjadi pimpinan pelajar di sekolah.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata penganjuran  program ini bertujuan memberi latihan, pengetahuan dan motivasi bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam diri peserta.


“Saya mengharapkan para pelajar menjadi mata rantai kepada pemimpin yang akan datang. Sikap kepimpinan perlu dipupuk dalam diri kerana setiap orang berpeluang untuk menjadi seorang pemimpin sama ada dalam keluarga, organisasi ataupun masyarakat.


“Saya mendoakan supaya program ini dapat melahirkan generasi pemuda pemudi Qawiyyul Ameen,” ujarnya ketika merasmikan Program Pemantapan Jati Diri di Kem Paya Pahlawan, Jitra pada Sabtu.


Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari Maktab Mahmud Pokok Sena, Sekolah Menengan Islam Darul Ulum, Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak, Maahad Derang dan Kolej Islam Darul Ulum.

Tiada ulasan