Header Ads

test

EXCO KEBAJIKAN HARAP PSK MAIN PERANAN BANGUNKAN MASYARAKAT



YAN – Persatuan Sukarela Kebajikan (PSK) di bawah Majlis Kebajikan Negeri Kedah (MKNK) diharapkan memainkan peranan yang penting bagi membangunkan masyarakat.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Kebajikan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata, PSK adalah tulang belakang dan mata rantai kerajaan dalam membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat.


“Oleh demikian, semua ahli jawatankuasa PSK perlu mempunyai tenaga kerja mahir dalam usaha mendapatkan geran dan diterjemahkan melalui sumbangan kepada rakyat. 


“Kerajaan tidak dapat menjaga kepentingan semua golongan. Pelbagai bantuan disalurkan kebanyakan bersifat one off atau sumbangan semasa seperti bakul makanan yang memerlukan entiti bagi membantu menyalurkan sumbangan tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Kepimpinan Persatuan Ahli Gabungan yang berlangsung di The Jerai Hill Resort, baru-baru ini.


Katanya, seramai 50 peserta yang hadir mengikuti kursus dua hari satu malam itu. 


Beliau juga mengharapkan dengan berakhirnya kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua PSK dalam melaksanakan kertas kerja yang baik bagi mencari dana persatuan.

Tiada ulasan