Header Ads

test

MASJID AL-MUNIRA TERIMA SUMBANGAN RM35 RIBU


 

PENDANG – Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim menyerahkan sumbangan RM35,000 kepada Masjid Al-Munira, Pokok Tai, pada Jumaat.


Katanya, sumbangan ini bertujuan bagi naik taraf masjid bagi memberi keselesaan kepada ahli kariah.


“Saya mengharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada ahli kariah dan penduduk sekitar. Kita mahu institusi masjid ini menjadi pusat kepada berkembangnya ilmu dan kesatuan komuniti,”katanya.


Sumbangan ini diserahkan kepada Imam Masjid, Ustaz Abdul Ghani.

Tiada ulasan