Header Ads

test

KERAJAAN SALUR RM100 RIBU BUAT PIBKS

 


SINTOK- Kerajaan Negeri Kedah menyalurkan RM100 ribu sebagai modal teroka kepada Bengkel kerja pemantapan pengoperasian pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta (PIBKS) bagi menjalankan aktiviti membantu Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) dan sekolah-sekolah di seluruh Kedah.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pendidikan diibaratkan sebagai sebuah pelaburan di mana hasilnya tidak dapat diketahui dalam jangka masa singkat.

“Dari generasi lampau dapat dirumuskan bahawa pendidikan sangat berpengaruh dalam perkembangan kualiti kepimpinan sesebuah negara,” ujarnya ketika merasmikan Program Tranformasi Daerah (DTP) : Pemantapan PIBG Dan PIBKS dan Pelancaran "Terima Kasih Cikgu" Peringkat Negeri Kedah bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.

Pendidikan menurut beliau juga merupakan asas yang kuat untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang bijak, memiliki intelektual dan bersemangat tinggi sebagai bekal yang lengkap sebagai landasan membina kekuatan untuk menerajui negara dikemudian hari.

Jelas Menteri Besar lagi, pembangunan pendidikan seharusnya dijadikan keutamaan untuk dikembangkan kerana ianya berkait rapat dengan sumber manusia untuk meningkatkan keberhasilan pembangunan secara keseluruhan.

“Saranan saya agar pihak PIBG akan sentiasa bersedia bergerak sederap bersama mengorak langkah bagi menjayakan segala perancangan dan membuktikan bahawa kita mampu untuk berada setara dengan sekolah lain di luar sana,” katanya.

Menteri Besar berhasrat untuk melihat anak-anak Kedah mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang bagi mencapai falsafah pendidikan negara iaitu membina pelajar yang terbangun secara holistik,” ulas beliau dalam sidang media selepas merasmikan program di sini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"




Tiada ulasan