Header Ads

test

Nurul Izzah, ‘The Pocket Rocket Girl’


Kerajaan Negeri Kedah meraikan semua atlit dari negeri ini yang mengharumkan nama negara dalam satu majlis ringkas.

YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor ’menobatkan’ pemenang pingat emas bagi acara berbasikal ujian masa 500 meter di Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke 41, Nurul Izzah Mohd Asri, di India baru- baru ini sebagai ‘The Pocker Rocket Girl’.

Nurul Izzah turut memenangi pihak gangsa dalam temasya yang sama bagi acara elit wanita keirin.
Dalam majlis yang sama, turut di raikan adalah Umar Hasbullah (gangsa-team sprint).

Turut diraikan adalah anak-anak Kedah yang mewakili negara dalam Sukan Sea Ke 41 Vietnam.

Mereka adalah Muhamad Aznil Bidin (Perak-Angkat Berat), Muhammad Syazirol Shamsudin (Perak-Tenpin boling), Kok Jing Hong (Perak-Badminton), Muhd Robial Sobri (Gansa-Pencak silat), Nur Lyana Soberi (Gangsa-Futsal), Madhuri Poovanesan (Gangsa-Karate), Cheng Su Hui (Gangsa-Badminton), Lai Chia Chien (Gangsa-e sport) dan Mohd Amizul Hafiz Mohd Fadzil (Gangsa - e sport).
Hadir sama adalah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, para exco kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Helmi Yahya.



 

Tiada ulasan