Header Ads

test

ADUN SUNGAI LIMAU SANTUNI PESAKIT KANSER


Yan - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ini lah yang dapat digambarkan apabila melihat Khalid Che Mehad, 53 yang mengalami kanser pankreas sejak setahun yang lalu. 


Khalid menderita kanser ini dan telah menjalani pembedahan enam bulan lepas tidak mampu lagi mencari nafkah bagi menyara keluarganya.


Dia hanya mampu bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan anak pertamanya serta sumbangan saudara-saudara terdekat bagi menampung keperluan harian dan biaya sekolah anak bongsu yang masih bersekolah. 


ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat meluangkan masa menziarahi Khalid di rumah nya di Kampung Sungai Kering, Sungai Limau Dalam, hari ini. 


Di kesempatan itu, YB Azam turut memberikan sumbangan wang tunai beserta bakul makanan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

 

Tiada ulasan