Header Ads

test

SIK DILANDA BANJIR KILAT


SIK – Hujan lebat yang melanda sejak tengah malam tadi menyebabkan rumah di Daerah Sik dilanda banjir kilat.


Menurut Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata, 20 rumah di lapan kampung membabitkan dua mukim di daerah Sik ditenggelami air.


"Antara kampung terbabit adalah Kampung Lentang, Kuala Bentong, Kampung Belantik Dalam, Kampung Surau dan Kampung Pinang di Mukim Sok.


"Tiga lagi kampung iaitu di Mukim Sik adalah Kampung Lubuk Tualang, Kampung Belimbing dan Kampung Jerai," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


ADUN Belantek, YB Dato' Ustaz Haji Mohd Isa Shafie mewujudkan ‘dapur rakyat’ bagi menyalurkan makan yang telah dimasak kepada mangsa banjir.


Katanya, makanan akan dihantar pada waktu tengahari dan malam.


Beliau juga hadir ke rumah mangsa banjir untuk menyampaikan bantuan bakul makanan.


Dimaklumkan, Pertubuhan Khidmat Malaysia Kawasan Sik turut menghantar anggota seramai 40 orang bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Pinang dan Kampung Belantik.


Khidmat Malaysia Kawasan Sik juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh terus hubungi Pengerusi Khidmat Malaysia Kawasan Sik di talian 013-449 2287, Rizuan Md Zain.

Tiada ulasan