Header Ads

test

ADUN PEMBANGKANG TAK IKUT PERATURAN, DUA USUL TERGEMPAR DITOLAK


ALOR SETAR – Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) menjadi hangat apabila usul tergempar daripada dua ADUN pembangkang iaitu YB Datuk Dr. Ismail Salleh (Pengkalan Kundor) dan YB Tan Kok Yew (Derga) ditolak oleh Speaker DUN, YB Datuk Juhari Bulat kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan kedua-dua usul itu ditolak kerana tidak mengikut peraturan tempoh 14 hari untuk kemukakan usul biasa, usul tergempar dan penting dalam tujuh hari manakala untuk usul yang terlalu penting dengan kebenaran Menteri Besar boleh dibuat dalam sehari.

“Mereka tidak hubungi saya dan memaklumkan kepada speaker dalam tempoh itu maka usul tidak boleh dibawa,” ujar Sanusi dalam sidang media selepas Sidang DUN selesai.

Katanya, pihak kerajaan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan antara pembangkang dan speaker kerana berpegang kepada asas iaitu semua usul yang nak dibawa mesti mengikut peraturan dewan.

Muhammad Sanusi memahami bahawa desakan pihak pembangkang untuk membincangkan isu banjir di Gunung Inas secara tergempar adalah untuk mempolitikkan isu itu supaya pihak kerajaan tidak bersedia dengan laporan jabatan-jabatan terlibat dan tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan.

Jelasnya, isu yang dibangkitkan itu adalah memerlukan laporan daripada jabatan-jabatan yang terlibat maka pihak kerajaan perlu mendapatkan keseluruhan laporan.

Tegasnya apa yang beliau katakan diluar sidang dewan adalah tetap sama dengan apa yang akan dikatakan dalam dewan walaupun pihak pembangkang cuba mendesak.

"Sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab, tidak boleh luar cakap lain, dalam dewan cakap lain maka saya memilih untuk menunggu laporan daripada jabatan-jabatan teknikal yang terlibat.

"Kemungkinan saya akan bertemu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk membincangkan laporan yang disediakan dan membuat kesimpulan mencari punca utama kepala air di Baling," katanya.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#SidangDUN14




 

Tiada ulasan